Pengajian di Amerika Syarikat Qian_Xuesen

Qian (atau "Tsien" seperti yang ditulis dalam rekod perjalanan beliau di Amerika Syarikat[nota 1]) banyak dipengaruhi pendekatan kepada pembelajaran dalam bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat yang lebih banyak menumpu kepada kerja-kerja amali termasuk eksperimen berbanding di China yang lebih menumpu kepada pendalaman teori. Tsien turut tertarik dengan penemuan berkaitan ilmu peroketan Frank Malina, Jack Parsons dan beberapa tokoh lain seumpamanya. Selepas beliau meneruskan pengajiannya di Institut Teknologi California, beliau turut melibatkan diri dalam ujikaji berkaitan sains roket bersama beberapa rakan sekerja lain di Makmal Aeronautik Guggenheim. Theodore von Kármán merupakan penasihat kedoktorannya pada ketika ini.

Tsien mendapat ijazah sarjana sains selepas setahun di universiti tersebut. Beliau menerima gelaran PhDnya dari tempat sama pada tahun 1939.[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Qian_Xuesen http://www.chinanews.com.cn/gn/news/2009/10-31/194... http://scitech.people.com.cn/GB/10294866.html http://www.latimes.com/news/nationworld/nation/la-... http://archives.caltech.edu/news/tsien.html http://resolver.caltech.edu/CaltechETD:etd-0112200... http://today.caltech.edu/today/story-display.tcl?s... http://arc.aiaa.org/doi/abs/10.2514/8.1019 http://arc.aiaa.org/doi/abs/10.2514/8.10985 http://arc.aiaa.org/doi/abs/10.2514/8.916 https://news.google.com/newspapers?id=CooeAAAAIBAJ...